CM Abang Jo meluangkan masa hujung minggunya bernaungkan cuaca yang cukup cerah kebiruan mengizinkan beliau melawat Pasar Kampung Bako petang ini tadi.
Sejurus ketibaan, Abang Jo sempat beramah mesra bersama peniaga-peniaga kecil tempatan dan penduduk sekitar sambil bertanyakan khabar mesra sambil menyelami denyutan nadi rakyat sekitar Kampung Bako.
Abang Jo kemudiannya menaiki bot menelusuri Sungai Bako sambil meninjau permasalahan penduduk setempat.
Turut hadir adalah Adun N5 Demak Laut, YB Dr. Hazlan Abg Hipni, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Sri Abu Bakar Marzuki dan Datuk Bandar DBKU Datu Haji Junaidi Bin Haji Reduan.
Sumber dari : Sarawakku